KPT-PST Mustangs Umum 22 Pemain Untuk Saingan MPFL 2022

Selepas melakukan beberapa fasa pemilihan dan perlawanan persahabatan, 22 pemain telah dikenalpasti untuk membawa cabaran pasukan KPT-PST Mustangs di Malaysian Premier Futsal League 2022.

22 pemain yang dipilih dikumpul daripada beberapa Institut Pengajian di Malaysia, 15 merupakan pemain daripada IPTA, 4 daripada IPTS dan dan 3 daripada Politeknik. Kesemua pemain ini telah diperkenalkan di satu Majlis Menandatangani Kontrak Pasukan yang berlangsung di IIUM Kampus Kuantan semalam.

Pasukan ini bakal dibimbing oleh jurulatih berpengalaman yang tidak asing lagi dalam arena futsal kita, Wan Suratman Wan Adnan. Beliau yang sudah lama bersama pasukan ini akan dibantu oleh Haffiz Shaffiee selaku pembantu jurulatih, Syed Mohd Danieal jurulatih penjaga gol dan Syafique Faudzil sebagai jurulatih kecergasan.

https://www.instagram.com/p/CXgDHBvpw4i/

Seperti semua sedia maklum pasukan KPT-PST Mustangs mahupun Liga Futsal IPT telah melahirkan banyak bakat-bakat muda dan boleh dikatakan hampir semua pasukan di MPFL nanti mempunyai alumni yang pernah bermain bersama pasukan dan liga IPT.

Kami percaya ada antara pemain daripada musim ini bakal menarik perhatian pasukan-pasukan lain dan tidak mustahil mereka juga boleh mewakili Malaysia satu hari nanti kerana sudah terbukti daripada pemain-pemain sebelum ini.

Walaupun kurang pengalaman dalam saingan pentas tertinggi tapi dengan pengalaman barisan kejurulatihan boleh membantu pemain-pemain muda ini untuk berikan saingan terbaik nanti.

Berikut merupakan senarai akhir 22 pemain KPT-PST Mustangs :

Irfan Rifqi – Kolej Poly-Tech Mara Bangi
Mohammad Syahir – Kolej Poly-Tech Mara Bangi
Haikal Iman – Kolej Poly-Tech Mara Bangi
Adam Arieef – University of Notthingham Malaysia
Farhan Arman – Universiti Teknologi Mara
Syahim Ridzuan – Universiti Teknologi Mara
Zaim Azim – Universiti Teknologi Mara
Aidil Izwan – Universiti Teknologi Mara
Haiqal Hasnor – Universiti Teknologi Mara
Wan Muhammad Faiz – Universiti Teknologi Mara
Hafiz Ikhwan – Universiti Pendidikan Sultan Idris
Shakirin Ahmad – Universiti Pendidikan Sultan Idris
Alif Haiqal – Universiti Kebangsaan Malaysia
Eazlan Syaqirin – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Arif Roslan – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Iskandar Aliff – Universiti Sains Malaysia
Amirul Aiman – Universiti Malaysia Pahang
Nur Solehin – Universiti Malaysia Pahang
Najmie Rashimi – Universiti Malaysia Terengganu
Ahmad Asraf – Politeknik Kota Bharu
Ahmad Muazzim – Politeknik Kota Bharu
Afiq Miswan – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

One thought on “KPT-PST Mustangs Umum 22 Pemain Untuk Saingan MPFL 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top