KL Imigresen FC: Bersedia Hadapi Lawan
On February 23, 2018 by WanShaPenampilan kali pertama dalam Liga Futsal Kebangsaan (LFK) tidak menghalang semangat juang pasukan KL Imigresen FC untuk berikan saingan musim ini.
Pasukan baru ini telah mendapat sentuhan jurulatih skuad futsal wanita negara, Muizzuddin Mohd Haris.
Menjelang aksi pertama mereka esok, persediaan sudah dilakukan sebaik mungkin dan Coach Muiz kini lebih menekankan kepada aspek taktikal pertahanan dalam pasukan.
Beliau turut berkongsi, pasukan yang dibimbing oleh beliau ini lebih menerapkan semangat berpasukan, kekeluargaan dan keharmonian dalam pasukan.
“Have fun and enjoy!”, sambung beliau.
Untuk kemunculan yang pertama ini, keyakinan dalam diri pemain itu sangat penting. Jadi, beliau mencuba untuk tidak meletakkan sebarang bebanan ke atas setiap pemain dan beliau turut meyakinkan kepada kesemua anak didiknya agar menikmati kemeriahan kejohanan ini.
Beliau turut menggesa pemainnya agar berusaha untuk mempamerkan satu permainan yang terbaik serta menunjukkan ‘strong character’.
Arena Futsal turut meminta beliau untuk berkongsi apakah nasihat yang disampaikan kepada para pemain. “Nasihat saya pada semua pemain KL Imigresen, jangan gerun dan gentar dengan pasukan lawan sebaliknya menunjuk semanfat juang yang tinggi serta memberikan aksi yang terbaik pada setiap perlawanan yang dihadapi.”
Menurut beliau lagi, tanggungjawab sebagai ketua pasukan akan digalas oleh Sity Norazizah Jamal atau dikenali sebagai Mawi, pemain futsal kebangsaan di Sukan Sea 2017 lalu.
Bertanyakan tentang matlamat pasukan ini adalah untuk memperkasakan nama KL Imigresen FC dipersada sukan tanah air.
“Sebagai pasukan yang baru, sudah semestinya cabaran utama datangnya dari semua pasukan yang bertanding dan tidak lupa juga cabaran pada diri pemain saya sendiri.”, kata beliau.
Harapannya tidaklah setinggi gunung dengan barisan pemain muda rata-rata berumur lingkungan U-21 yang kebanyakannya baru pertama kali beraksi dalam LFK.
“Kami dapat menempatkan diri dalam top 5 adalah sesuatu yang patut di banggakan”, tambah beliau.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.