
Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan Cungkil Bakat Muda Di Kalangan Mahasiswa
On June 10, 2015 by Wak FaizalKejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan adalah satu platfom untuk mencungkil bakat-bakat baru di arena futsal terutama di kalangan mahasiswa. Telah terbukti banyak bakat telah dihasilkan melalui kejohanan ini dan ada diantara mereka kini sudah beraksi di liga futsal kebangsaan.
Pada edisi tahun lalu pasukan Multimedia University (MMU) telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki apabila berjaya menumpaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan jaringan 6-2 manakala pasukan Universiti Malaysa berjaya mengekalkan kejuaraan bagi kategori wanita apabila berjaya menumpaskan pasukan Kolej Komuniti Melaka dengan jaringan 2-0.
Kini kejohanan ini bakal kembali dimana 7 sirkit bakal dipertandingkan bagi pasukan IPTA/IPTS mengumpul mata untuk melayakkan pasukan ke peringkat grand final yang akan berlangsung di Sabah hujung tahun ini.
Sirkit yang pertama akan berlangsung pada 26 Februari hingga 1 Mac 2015 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi zon tengah selatan.
Difahamkan juga pada edisi kali ini pemain yang sudah berdaftar bagi liga futsal kebangsaan musim 2015 tidak dibenarkan untuk bermain di liga ini. Ini pasti memberi ruang kepada kesemua pasukan untuk menampilkan bakat-bakat baru untuk diketengahkan di arena futsal Malaysia.
Foto : Adam Ghazali
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.