Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan 2015
On November 16, 2015 by Wak FaizalKejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan 2015 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi apabila pusingan grand final bakal berlangsung bulan hadapan di mana 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan perempuan akan merebut piala kejohanan pada tahun ini.
Tidak dinafikan lagi kejohanan ini menjadi batu loncatan buat para pemain yang terdiri daripada Mahasiswa Pendidikan Tinggi untuk bermain di peringkat tertinggi. Malah ramai pemain pemain Kebangsaan bermula dari kejohanan ini.
Sebanyak 7 Sirkit dipertandingkan dimana pasukan Institut Pengajian tinggi perlu bermain untuk mengumpul mata bagi melayakkan diri ke pusingan grand final. Bermula pada awal bulan Mac di Sirkit Tengah Selatan sehingga Sirkit terakhir iaitu Sirkit terbuka yang berakhir semalam.
Pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) berjaya menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada penentuan sepakan penalti setelah pemain UiTM gagal menyempurnakan tendangan penalti.
4 Saat terakhir memusnahkan impian pasukan UiTM untuk menjuarai Sirkit ini apabila pasukan UIA berjaya menjaringkan gol penyamaan 2-2. Bermain di hadapan penyokong selaku tuan rumah telah memberikan semangat buat pasukan UiA dan mereka berjaya memenangi Sirkit terbuka ini.
Pasukan UIA dan juga UiTM telah berjaya melayakkan diri ke pusingan grand final bersama 12 pasukan yang lain. Manakala bagi kategori Wanita pasukan Universiti Malaya yang menjuarai Sirkit terbuka turut berjaya melayakkan diri ke pusingan grand final.
Pusingan grand final akan berlangsung pada 9-12 Disember 2015 di Stadium Sukpa, Kuantan Pahang.
Pasukan Lelaki
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
2. Kolej Komuniti Johor
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
4. Kolej Komuniti Selangor
5. Politeknik Pahang
6. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
7. Kolej Poly-Tech MARA Bangi
8. UNITEN Muadzam Shah
9. UiTM Melaka
10. UNIKL MITEC Johor
11. UITM Penang
12. International Islamic College (IIC)
13. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
14. UITM Sarawak
15. Multimedia University (MMU)
16. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pasukan Wanita
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
3. Kolej Komuniti Melaka
4. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
5. Universiti Teknologi Mara (UITM)
6. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
7. Politeknik Sabah
8. Multimedia Universiti (MMU)
9. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
10. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
11. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
12. UITM Sarawak
Foto : Adam Ghazali
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.