Kejohanan Futsal IPT 2016 : Liga Super
On August 4, 2016 by Wak FaizalPerebutan 3 penjuru bakal berlaku di pusingan kedua liga super diantara pasukan UiTM, UNIKL BMI serta pasukan KK Selangor.
Ketiga-tiga pasukan ini berada di persada liga jauh meninggalkan pasukan di bawah apabila UiTM berjaya membawa pulang 19 mata diekori pasukan UNIKL di tangga kedua berkongsi 16 mata bersama pasukan KK Selangor di tangga ketiga.
Seperti kita tahu pasukan UiTM dan KK Selangor merupakan pasukan pilihan saban tahun namun kehadiran pasukan UNIKL BMI tampak memberikan satu persaingan yang menarik pada kali ini.
UNIKL BMI yang dibimbing oleh dua pemain kebangsaan iaitu Fitri Yatim dan juga Azrul Hadee turun dengan satu pasukan yang lebih bersedia dan melengkapi satu sama lain untuk menjadi satu pasukan yang digeruni.
Kekalahan tipis mereka kepada pasukan UiTM pada minit akhir perlawanan memberikan kelebihan pada UiTM untuk berada di persada liga apabila mereka turut memenangi perlawanan keatas pasukan KK Selangor.
Namun jika lihat diatas kertas persaingan sengit akan berlaku diantara ketiga pasukan ini di pusingan kedua tetapi pasukan pasukan lain juga tidak harus diketepikan kerana mereka masih berpeluang untuk merebut kejuaraan liga super.
Bagi pendatang baru pasukan UNITEN Putrajaya mereka berjaya menduduki tangga ke 5 liga apabila membawa pulang 8 mata daripada 2 kemenangan dan 2 seri.
Pasukan ini hampir membuat kejutan apabila mereka hampir mendapat kemenangan keatas pasukan UiTM setelah mendahului 2 jaringan namun pengalaman pasukan UiTM membantu mereka mendapat jaringan penyamaan dan perlawnaan itu berkesudahan dengan keputusan seri.
Penjaring terbanyak bagi liga super setakat ini diketuai oleh pemain UNIKL BMI iaitu Muhammad Nazrin Mazlan dengan jaringan sebanyak 11 gol diikuti oleh Abdul Samad dari UiTM Pahang dengan jaringan 8 gol.
Foto : Unikl Sports Council
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.