Kejohanan Futsal IPT 2016 : Liga Premier
On August 1, 2016 by Wak FaizalTiada kekalahan pada pusingan pertama ini memberikan kelebihan buat pasukan KPTM Bangi untuk berada di persada liga setelah mengumpul 19 mata secara keseluruhan.
Pasukan KPTM Bangi yang dilatih oleh pemain kebangsaan iaitu Ahmad Fawzul Hadzir lambat mendapatkan rentak permainan apabila mereka hanya sekadar seri di perlawanan pertama menentang UTHM namun kemenangan demi kemenangan berjaya diperoleh mereka selepas itu.
Kami sempat melihat perlawanan di antara KPTM Bangi menentang UiTM Pahang dimana perlawanan tersebut berkesudahan dengan jaringan 4-3. Mereka yang mendahului 3-0 pada awal permainan tersentak dengan kebangkitan pasukan UiTM Pahang apabila mereka berjaya mendapatkan 3 jaringan penyamaan.
Perlawanan yang dijangka berkesudahan tamat dengan keputusan seri tersebut dimatikan oleh pemain KPTM Bangi apabila Aliff Azreen berjaya mencuri satu gol di minit terakhir perlawanan sekaligus memberikan 3 mata penuh buat pasukan beliau.
Menurut jurulatih pasukan KPTM Bangi Ahmad Fawzul ketika dihubungi, “Alhamdulillah dengan semangat yang tidak pernah luntur. Pemain-pemain saya cukup membanggakan dengan aksi tidak mudah putus asa mereka walaupun terpaksa mengharungi 7 perlawanan dalam masa 5hari. 6 kemenangan dan 1 keputusan seri dari aksi pusingan pertama membuatkan moral pemain dalam keadaan yang cukup tinggi”
Bagi pasukan lain jika dilihat melalui carta kedudukan mereka masih mempunyai peluang untuk merebut kejuaraan liga apabila jurang mata tidak jauh ketinggalan.
Bagi liga premier penjaring terbanyak kini diketuai oleh pemain UiTM Pahang iaitu Muhammad Syahir dengan jaringan sebanyak 10 gol diikuti oleh Muhammad Nurhakim juga dari UiTM Pahang dengan jaringan 6 gol.
Foto : Kejohanan Futsal IPT
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.