Kejohanan Futsal AFF Dibatalkan. Berita Baik Buat Malaysia!
On October 29, 2021 by Wak PivotKejohanan Futsal AFF 2020 yang sepatutnya berlangsung tahun ini selepas ditunda berikutan COVID 19 difahamkan sah telah dibatalkan.
Ini selepas tuan rumah Thailand telah dikenakan hukuman gantung sekaligus mereka tidak dibenarkan menganjurkan sebarang kejohanan peringkat antarabangsa oleh World Anti-Doping (WADA).
Ini satu berita baik sebenarnya buat Malaysia kerana kalau kita lihat, skuad futsal kebangsaan masih belum bersedia untuk beraksi di kejohanan ini yang sepatutnya akan berlangsung pada bulan depan.
Tiada saingan kompetitif untuk pemain Malaysia hampir dua tahun berikutan tiada liga dan tiada saingan antarabangsa. Jadi dengan pembatalan ini kita perlu ambil positif, kami percaya barisan kejurulatihan sudah ada perancangan untuk menyediakan pasukan untuk edisi tahun depan.
Bagi tahun depan masih belum tahu lagi negara mana akan menjadi tuan rumah dan Thailand serta Indonesia tidak dibenarkan menganjur kejohanan jika masih digantung oleh WADA. Kemungkinan Malaysia boleh menganjurkan kejohanan edisi tahun depan selepas kali terakhir kita menjadi tuan rumah pada tahun 2014.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.