Kehangatan Liga IPT Diteruskan Di Sabah

Kehangatan Liga IPT pusingan kedua yang baru sahaja tamat minggu lalu akan diteruskan apabila Liga Futsal IPT Sabah akan berlangsung bermula 15 September ini. Sebanyak 7 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita akan berkumpul di Universiti Malaysia Sabah selaku tuan rumah untuk merebut kejuaraan pada edisi kali ini.

Jika mengikut perancangan asal pihak penganjur selain Liga IPT kawasan Semenanjung, ada dua lagi liga tambahan akan dilangsungkan iaitu di Sabah dan juga Sarawak. Namun disebabkan kekurangan pasukan yang bertanding kedua-dua liga ini digabungkan di Liga futsal IPT Sabah. Daripada kesuluruhan pasukan yang bertanding sebanyak 5 pasukan asal dari Sabah dan 2 daripada Sarawak.

1935224_983552585072449_543298091713736118_n

Bagi kategori lelaki dua slot akan diberikan kepada pasukan Juara dan Naib Juara untuk ke Piala KFIPT pada hujung bulan ini dimana mereka akan turut beraksi bersama-sama pasukan daripada Liga Super dan Liga Premier yang layak. Kehadiran pasukan dari Borneo ini sudah pasti akan memberi saingan kepada pasukan lain nanti.

Pasukan yang beraksi di Liga Futsal IPT Sabah

Kategori Lelaki

Kumpulan A

UiTM Sabah
PTPL MSU Sabah
UMS KAL

Kumpulan B

Politeknik Sarawak
UNIMAS
Politeknik Sabah
U.M.S

Kategori Wanita

Politeknik Sabah
PTPL MSU Sabah
UiTM Sabah
UMS
Politeknik Sarawak

Foto Kredit : SUKIPT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top