Kapten: Izzati Bersedia Sahut Cabaran Pasukan Lawan
On March 29, 2018 by WanShaMenemui skuad futsal wanita kebangsaan, kami sempat temubual bersama kapten pasukan iaitu Nur Izzati Kahiruddin.
Izzati tidak asing lagi dalam skuad futsal negara kerana dia pernah bersama skuad kebangsaan sebelum ini di beberapa kejohanan.
Mengimbau peristiwa lalu, Izzati pernah menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan ketika Kejohanan Futsal AFC Wanita 2015 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.
Pemain yang bermain untuk pasukan KL Felda United di LFK 2018 ini turut mengakui bahawa pengalaman yang diperolehi sebelum ini membantu dirinya untuk beraksi lebih cemerlang dalam kejohanan kali ini.
Malang menimpa Izzati kerana tidak dapat beraksi di Sea Games 2017 lalu. Hal ini kerana, dia mengalami kecederaan yang serius setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Walaubagaimanapun, dia yakin dapat bangkit kembali bersama skuad negara bagi memperjuangkan kemenangan untuk negara.
Kami di Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan semoga berjaya kepada Izzati dan pasukan skuad futsal wanita kebangsaan tahun ini.
https://instagram.com/p/Bg5dmPaFPA4/
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.