Kami Budak Baru – KL TPD
On February 10, 2017 by FixoPasukan Kuala Lumpur TPD adalah pasukan baru yang akan memberi saingan di Liga Futsal Kebangsaan 2017 yang akan bermula esok. Pasukan ini yang mengantikkan pasukan KLMK bagi musim ini akan menerima cabaran sengit di seawal minggu pertama LFK ini apabila mereka akan bertemu pasukan Felda United dan juga Pahang.
Menurut ketua jurulatih pasukan ini Arif Hamidi, beliau optimis dan yakin para pemain akan memberikan aksi yang terbaik pada LFK 2017 ini.
“Majoriti pasukan KL TPD membariskan pemain muda dan pertama kali bermain di liga ini. Boleh dikatakan kami budak baru yang ingin memberikan saingan,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan pada minggu pertama ini Arif memberitahu bahawa mereka akan memberi saingan dan cuba membawa mata pulang pada minggu ini.
“Kami pernah beraksi di perlawanan persahabatan menentang Felda United dan juga Pahang. Walaupun tewas kepada pasukan tersebut tempoh hari saya tidak kecewa dengan persembahan para pemain saya.
“Kemenangan untuk minggu ini memang satu perkara yang kita mahukan, dan saya berharap para pemain dapat memberi aksi yang terbaik,” kata Arif.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.