Kalendar Kejohanan AFC 2021 yang Perlu Anda Tahu. Mungkin Ada Yang Akan Dibatalkan
On January 4, 2021 by Wak PivotSelamat tahun baru semua! Pasti tahun 2021 ini tahun yang dinantikan semua pasukan, pemain dan peminat bola sepak untuk melihat aktiviti bola sepak kembali diadakan seperti biasa selepas satu dunia dilanda pandemik Covid-19. Disebabkan itu kebanyakkan kejohanan 2020 telah ditunda ke tahun ini dan ada juga yang dibatalkan.
Kalau mengikut kelendar kejohanan AFC yang telah dikemaskini kejohanan di bawah kelolaan AFC bermula pada Mac. Ada 3 kejohanan pada bulan itu dan yang melibatkan pasukan negara adalah Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan.
Kejohanan yang patut diadakan pada 2020 tapi telah ditunda ke tahun ini. Walaubagamanapun ada khabar angin yang kuat mengatakan kejohanan ini bakal dibatalkan oleh AFC. Ini berikutan Piala Dunia B-20 telah dibatalkan dan akan diadakan pada 2023.
Bukan sahaja kejohanan ini, malah kejohanan-kejohanan lain yang dijadualkan berlangsung pada suku pertama tahun 2021 akan dibatalkan kerana keadaan semasa yang masih belum baik. Kena tunggu pengumuman rasmi daripada AFC dan harap semua dipermudahkan.
Berikut merupakan kejohanan anjuran AFC pada 2021:
Februari
Liga Juara AFC
Mac
Kejohanan AFC B-19
Kejohanan AFC B-20 Wanita
Kejohanan AFC Futsal
Liga Juara AFC
April
Kejohanan AFC B-16
Kejohanan AFC B-17 Wanita
Liga Juara AFC
Mei
Kejohanan AFC Bola Sepak Pantai – Piala Asia
Piala AFC
Jun
Piala AFC
Julai
Kejohanan AFC kelab Futsal
Ogos
Liga Juara AFC
Kelayakan AFC B-20 wanita 2022
September
Liga Juara AFC
Kelayakan AFC B-17 wanita 2022
Kelayakan Kejohanan AFC Wanita 2022 – Piala Asia
Oktober
Liga Juara AFC
Kelayakan Kejohanan AFC B-23 2022
Kelayakan Kejohanan AFC Futsal 2022
November
Liga Juara AFC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.