JOMA Social League 2016
On November 16, 2016 by Wak FaizalKejohanan JOMA SOCIAL LEAGUE 2016 ini adalah kali pertama di anjurkan di Malaysia oleh pihak JOMA. Penganjuran ini dijalankan di Real Sports Arena Telok Gadong Klang.
Penganjuran ini mendapat sambutan hebat dari semua pasukan dan maklum balas yang baik dari semua pengemar futsal.Bermula 2 bulan yang lepas seramai 16 pasukan telah menyertai kejohanan ini.
Kejohanan ini juga disertai pemain-pemain negeri dan juga yang pernah mewakili pasukan futsal negara. Penganjuran ini juga memberi kan hadiah wang tunai sebanyak RM11,000.00 kepada pemenang.
Tujuan Penganjuran ini adalah untuk memberi semangat kepada peminat futsal dan juga generasi muda agar terus bersukan dan pihak JOMA Malaysia akan terus menyokong aktiviti-aktiviti seperti ini demi pembangunan negara.
Pihak JOMA Malaysia juga ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka sangat aktif dalam pembangunan futsal dan berharap kejohanan ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.
Turut hadir di Majlis penyampaian hadiah adalah DATO’ JOHN HII dari JOMA MALAYSIA, Tetamu jemputan khas DATO’MK dan En Raymond.
Seramai 800 orang penyokong dan menonton hadir dimalam perlawanan akhir kejohanan JOMA SOCIAL LEAGUE 2016. Kejohanan ini adalah kejohanan tahunan di REAL SPORTS ARENA.
Juara Kejohanan adalah seperti dibawah :
Juara – SAMBA FS
Naib Juara – MWB U19
Tempat ke 3 – GB FC A
Tempay ke 4 – PEMUDA FC
Sebarang maklumat boleh didapati di FACEBOOK REAL SPORTS ARENA dan INSTAGRAM REALSPORTS ARENA
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.