Jerry Dinesh Kembali Ke Arena Futsal Malaysia
On February 11, 2017 by FixoJika anda mengikuti perkembangan futsal di Malaysia pasti anda kenal jurulatih ini yang sebenarnya tidak asing lagi iaitu coach Jerry Dinesh.
Mungkin ada yang tahu dan ada tidak tahu mengenai beliau. Untuk makluman Coach Jerry Dinesh adalah bekas pemain futsal Kebangsaan.
Kali terakhir beliau terlibat di dalam arena futsal ini adalah pada tahu 2008 dimana beliau membawa cabaran pasukan Angkatan Tentera Malaysia di LFK.
Bukan senang nak berjaya. Namun usaha Jerry untuk membawa cabaran pasukan KL City di LFK akhirnya berjaya setelah 3 kali percubaan di pusingan kelayakan akhirnya mereka berjaya dan akan membuat penampilan di LFK 2017.
Pasukan KL City FC akan membuat debut pertama di LFK bertemu pasukan Melaka United esok.
“Situasi ini amat bermakna buat saya, kembalinya saya ke bidang yang saya minat ini setelah hampir 10 tahun saya meninggalkannya.”
“Futsal telah berubah dengan cepat dan bertambah baik berbanding dahulu, Saya berharap saya dapat membawa dan mengadaptasikan tektika bermain yang terbaik untuk liga ini.
“Sejak pusingan kelayakan kesemua pemain serta pihak pengurusan sudah bersemangat untuk memberikan aksi yang terbaik di LFK kali ini” kata Jerry.
Semoga berjaya buat Jerry dan pasukan KL City FC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.