JDT Bakal Kembali?
On January 6, 2016 by Wak FaizalDua tahun menjadi juara liga futsal kebangsaan tidak memberikan tempat yang kekal buat para pemain Felda United. Ini yang menjadi tanda tanya semua peminat futsal Malaysia apabila kesemua pemain Felda United telah mengucapkan “terima kasih” dan “selamat tinggal” Felda United di laman sosial mereka berserta gambar mereka yang dihitam putih-kan. Adakah mereka akan meninggalkan pasukan Felda United? Setelah 5 tahun bersama pasukan akhirnya mereka keluar ataupun diusir? Isu ini telah menjadi perbualan hangat arena futsal negara.
Selepas perkara ini terjadi terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya. Apakah yang terjadi kepada naib juara kejohanan futsal kelab AFF 2015 ini. Adakah disebabkan politik dalaman yang berlaku dalam pengurusan pasukan ataupun ada pasukan pasukan baru yang berbelanja besar untuk membeli kesemua pemain ini.
Kesemua para pemain Felda United pasti menjadi buruan pasukan pasukan lain yang menagih bakat dan pengalaman yang ada dimana boleh dikatakan majoriti para pemain ini adalah pelatih kebangsaan. Tetapi pasukan manakah yang akan membeli pemain ini masih menjadi satu tanda tanya. Adakah mereka akan berpisah ataupun mereka akan bersama di pasukan yang baru.
Difahamkan pasukan JDT yang kini giat mempersiapkan pasukan bola sepak mereka bakal kembali ke arena futsal setelah 6 tahun menyepi. Jika dilihat pada rekod pasukan JDT merupakan salah satu pasukan yang digeruni satu ketika dulu. Mereka pernah mendakap trofi Liga Futsal Kebangsaan pada tahun 2006 dan 2007 dan ketika itu pasukan Johor dikendalikan oleh jurulatih Felda United iaitu Zul Azmi. Perkara ini tidak mustahil jika jurulatih Zul Azmi dan pemain berhijrah ke pasukan JDT yang ingin membuat pusingan u turn kembali ke kancah futsal kebangsaan . Jika benar, pasti perkara ini akan memeriahkan lagi arena futsal kebangsaan.
Satu lagi perkara yang menjadi tanda tanya ialah siapakah yang akan membimbing pasukan Felda United untuk musim akan datang. Jurulatih manakah yang bakal membawa harapan tinggi para peminat yang pasti ingin pasukan Felda United mengekalkan kejuaraan liga futsal kebangsaan pada musim akan datang. Jika dilihat pada pusingan kelayakan LFK musim yang lepas terdapat pasukan Felda United u-21 yang turut serta di pusingan itu. Namun mereka gagal untuk melayakkan diri. Adakah para pemain muda ini bakal meggalas tanggunjawab besar untuk mengantikan pemain yang sedia ada ini.
Sama sama kita nantikan apakah yang bakal terjadi mengenai isu ini yang pasti ia akan memberikan impak dan satu sejarah buat arena futsal kebangsaan
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.