Jayjay Positif Skuad Sabah Mampu Cipta Kejutan Musim ini
On February 28, 2018 by WanShaJaciah Jumilis atau selesa dipanggil Jayjay membuktikan kesungguhannya apabila berjaya membantu pasukannya membawa pulang 6 mata berharga apabila menewaskan Negeri Sembilan, 3-0 dan PDRM, 2-1.
Jayjay bukanlah hanya bermain futsal, malah, dia juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan dan telah beraksi di Sea Games 2017.
Menurutnya, pertama kali dia menyertai pasukan kebangsaan pada tahun 2009 di Laos. Manakala, penyertaan di Sukan SEA 2017 tempoh hari merupakan penyertaan kali ke-3 bersama skuad bimbingan Mohd Asyraaf Abdullah, jurulatih bola sepak kebangsaan.
Pemain sayap kanan (RW) bola sepak kebangsaan ini juga berkongsikan pengalaman pertamanya menceburi arena futsal adalah pada LFK 2011/2012, ketika itu mewakili pasukan PKNS FC.
Pada musim itu, pasukan PKNS FC dibawah bimbingan Coach Chiew Chun Yong dan berjaya menjadi juara keseluruhan pada LFK.
Bertanya mengenai status pasukan Sabah yang merupakan pasukan pilihan juara untuk musim ini, Jayjay tidak menafikan dan berharap pasukan Sabah mampu cipta kejayaan musim ini.
“Nothing is impossible for us. Asalkan kami tidak putus asa, usaha yang lebih dan dapat kekalkan momentum sepanjang perlawanan”, komennya.
“Harapan saya semestinya ingin pasukan Sabah memenangi dalam setiap perlawanan”, katanya setelah ditanya tentang harapan untuk pasukannya.
Walaubagaimanapun, dia percaya dan yakin dengan kelebihan yang ada dalam setiap rakan sepasukannya itu mampu untuk mencapai kemenangan.
Untuk perlawanan yang akan datang, Jayjay berpendapat perlawanan menentang MPSJ dan FELDA United antara perlawanan yang agak sukar untuk Sabah.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.