Izzad Mahu Buktikan Terengganu Mampu Beri Saingan Sengit
On April 6, 2018 by FixoDiberi tanggungjawab sebagai kapten menjadi satu tugas besar buat pemain muda dari pasukan Terengganu FC ini, Amirrul Izzad. Namun, disebabkan pengalaman beliau yang memasuki tahun ketiga beraksi bersama ini banyak membantu untuk mejalankan tanggungjawab dengan baik.
Pemain berusia 21 tahun ini antara tonggak utama pasukan Terengganu FC. Walaupun pasukan ini kini berwajah baru dengan dibarisi pemain muda mereka tetap berjaya memberi saingan sengit kepada semua pasukan yang bertanding.
Pada minggu ke-3 LFK minggu lepas Izzad berjaya membantu pasukannya mencapai kemenangan pertama menewaskan pasukan gergasi, Perak Darul Ridzuan. Kemenangan ini sekaligus membuka mata pasukan lain dan peminat futsal tempatan.
Jom ikuti temubual krew Arena Futsal Malaysia bersama kapten Terengganu FC :
AFM : Baru-baru ini skuad Terengganu berjaya mencatat kemenangan pertama ke atas pasukan Perak dan ia telah membuka mata pasukan-pasukan lain. Boleh komen sedikit tentang aksi tersebut?
Amirrul Izzad : Pertama sekali, alhamdulillah setelah kekalahan berturut-turut akhirnya kemenangan milik kami jua. Kemenangan ini amat bermakna buat pasukan ini kerana ia menjadi pemangkin untuk meneruskan rentak cemerlang pasukan ini inshaAllah.
Perak merupakan pasukan yang cukup kuat yang rata-ratanya diwakili oleh pemain kebangsaan dan perlawanan ini amat sengit. Rezeki berpihak kepada kami dan akhirnya kemenangan pertama kami berjaya dicapai.
AFM : Majoriti pemain Terengganu masih baru dan muda, dan aksi sebelum ini boleh dikatakan semua kalah tipis. Apa komen Izzad tentang cabaran pasukan Terengganu di LFK setakat ini.
Amirrul Izzad : Ya memang betul. Rata rata player pasukan kami adalah sekitar 21 tahun ke bawah dan kebanyakkan tidak mempunyai pengalaman beraksi pada pertandingan futsal tertinggi di negara kita ini. Tetapi sikap tidak mudah berputus asa yang diterapkan didalam team sering diberitahu oleh Coach Rozairi.
Kekalahan tipis pasukan pula sering terjadi akibat kelekaan pasukan ketika bertahan. Kami sering mendahului lawan dan pada 2-3 minit terakhir perlawanan kami sering dihukum lawan kerana kelekaan semasa bertahan.
AFM : Selepas ini 2 lawan sukar, MPSJ dan Pahang. Bagaimana persediaan pasukan dan harapan Izzad untuk game ini.
Amirrul Izzad : Persediaan pasukan untuk perlawanan menentang MPSJ dan Pahang berjalan dengan baik serta mendapat semangat baru selepas kemenangan pada perlawanan minggu lepas. Sudah pasti kami mahu meraih mata untuk aksi minggu depan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.