Imran ‘1st Debut 1st Goal’

Kemunculan pertama Muhammad Imran bin Samsudin yang berusia 20 tahun dalam pasukan pertamanya di LFK musim ini membawa tuah. Dia berjaya meyakinkan peminat pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan tunggalnya pada perlawanan di minggu pertama.

Perlawanan di minggu kedua pada 12 dan 13 Mac lalu menyaksikan Kuala Lumpur tewas ke atas kedua-dua perlawanan di antara Pahang dan Selangor United MPSJ dengan jaringan, 2-5 dan 3-5.

Bagi yang mengikuti perkembangan pasukan Kuala Lumpur, sudah pasti mereka akan tahu tentang kemasukan pemain baru ini. Tambahan itu pula, pemain ini berjaya menjaringkan gol tunggal peribadi pada perlawanan minggu pertama.

Arena futsal ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Imran dan pasukan Kuala Lumpur untuk perlawanan seterusnya pada 31 Mac & 1 April ini.

https://www.instagram.com/p/BgTLYjgFz3S/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top