
Impian Qusmaini Untuk Membawa Pasukan Di Liga Pro Indonesia Tidak Kesampaian
On February 4, 2017 by FixoQusmaini Noor Rusli yang sepatutnya membawa pasukan BJL 2000 Shiba Semarang di Pro Futsal League 2017 yang bermula hari ini tidak kesampaian apabila difahamkan beliau tidak mendapat pelepasan daripada Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam.
Beliau sempat untuk bersama pasukan ini sekali ketika mereka menentang pasukan kebangsaan Indonesia sebelum kejohanan futsal AFF 2016 tempoh hari.
Oleh disebabkan itu, Qusmaini akan meneruskan tugasnya sebagai ketua jurulatih pasukan Brunei Darussalam.
“Matlamat utama saya adalah untuk memberi ilmu dan pemahaman sebenar tentang futsal modern kepada pemain-pemain futsal di Brunei, pada tempoh hari masa yang singkat agak sukar untuk mereka memahami konsep itu” katanya.
“Walaubagaimanapun dengan penerapan ilmu-ilmu baru khususnya pendekatan methodology berbeza, saya dapat lihat ada peningkatan positif dari pemain. Selepas ini saya akan memperbaiki beberapa kelemahan dan kekurangan yang saya telah kenal pasti,” tambahnya.
Selepas ini juga Qusmaini akan mempersiapkan pasukan Brunei untuk kejohanan futsal AFC Bawah 20 Tahun. Semoga berjaya buat Qusmaini dan pasukan Brunei.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.