
Hazizi Mansor Yakin Dengan Rakan Pasukan – TOT United FC
On May 16, 2018 by WanShaHazizi Bin Mansor atau dikenali dengan nama Gjee bukan satu nama asing di Arena Futsal Malaysia. Pemain yang beraksi di posisi pivot ini bersama MPSJ di Liga Futsal Kebangsaan 2018 ini sering mencuri tumpuan para penonton.
Selain itu, Gjee juga sering mendapat peluang beraksi di peringkat antarabangsa, antaranya, pada tahun 2014, 2016 dan 2017 dia beraksi di Brazil dan tahun ini dia akan membawa cabaran negara di Russia bersama TOT United
Menjelang Grand Final – Kia Champ Into The Arena World Final in Russia 2018, pasukan TOT United kini sedang giat membuat persediaan rapi. Mereka akan pergi ke Russia pada 28 Jun depan.
Menurut Gjee, rakan sepasukan kali ini adalah sebuah pasukan yang bermain sebagai ‘sebuah pasukan’ dan bukan individu. Hal ini kerana, hampir kesemua pemain kali ini bermain bersama sudah lama di Liga Futsal IPT dan boleh dikatakan mempunyai chemistry yang baik.
“Namun, masih banyak yang harus kami perbaiki dari masa ke semasa untuk persiapan menjelang perlawanan di Russia nanti”, tambahnya.
“Harapan saya dan pasukan ialah untuk pergi sejauh yang mungkin untuk pertandingan kali ini, sekali gus cuba untuk menjadi juara di bumi Russia” katanya dengan semangat.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.