
Hazim: Pengalaman Yang Cukup Bermakna Buat Saya Di Thailand
On May 22, 2018 by WanShaBaru-baru ini dikhabarkan 2 pemain penjaga gol Perak FA iaitu Nur Hazim Bin Suleiman dan Mohd Afiq Bin Abdul Rahman berpeluang menjalani sesi latihan bersama kelab futsal di Thailand.
Menurut pemain yang berusia 20 tahun ini, dia telah dihantar oleh pengurusan Perak FA bagi mendapatkan ilmu yang bermanfaat.
“Saya training di sini dalam tempoh hampir sebulan bersama seorang lagi goalkeeper, Afiq”, katanya yang menjalani latihan di sana hampir sebulan.
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini memaklumkan bahawa dia di sana telah berlatih bersama pasukan Khon Kaen FC yang juga pasukan yang bermain dalam liga di Thailand
Berkongsi tentang jurulatih di sana, Hazim memberitahu bahawa Asming Talek merupakan seorang jurulatih yang sangat tinggi ilmunya. Selain itu, Hazim tidak menafikan bahawa corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih ini mempunyai kelainan berbanding di Malaysia.
Hazim berharap dia dapat membawa ilmu baru ini bagi baki saingain LFK 2018 yang akan kembali bermula pada bulan Julai depan.
Melihat kepada saingan pasukan Perak sehingga kini dia berpendapat bahawa Perak mampu memperbaiki kedudukan musim lalu dengan berada di TOP 3 liga LFK2018.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.