Hari Pertama Grand Final LFK 2015
On June 10, 2015 by Wak FaizalPasukan Felda United, Selangor MPSJ dan juga Juara LFK musim 2015 Selangor bagi kategori Wanita mudah membenam pasukan lawan pada hari pertama semalam.
Namun bagi pasukan wanita Sabah mereka terpaksa akur dengan keputusan seri bersama pasukan Kedah apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan dengan 2 – 2 melalui sepakan percuma di babak akhir perlawanan.
Berbeza bagi kategori lelaki yang boleh dikatakan kesemua perlawanan semalam berlangsung dengan sengit sekali. Bagi kumpulan A kesemua pasukan iaitu Selangor, Felda United, Melaka dan juga Selangor MPSJ berkongsi jumlah mata jaringan bolos yang sama apabila mereka seri 5-5 bagi dua perlawanan kumpulan A semalam.
Bagi kumpulan B pasukan T-Team turun sebagai pasukan pilihan apabila mereka berada di kedudukan kedua liga hanya mampu membawa pulang 1 mata apabila seri dengan pasukan Kedah 2-2.
Kuala Lumpur MK yang turun tanpa kelibat ketua jurulatih mereka menunjukkan satu aksi yang bertenaga dan semangat juang yang tinggi. Walaupun diberi tentagan hebat oleh pasukan Perak mereka berjaya membawa 3 mata penuh setelah menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 5-4.
Hari ini bakal masuk hari kedua perlawanan dan kesemua perlawanan akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam. Ayuh beramai ramai menyokong pasukan pilihan anda.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.