Hari Kedua Grand Final LFK 2015
On June 10, 2015 by Wak FaizalHari kedua Pusingan kumpulan Piala Liga Futsal Kebangsaan 2015 membawa pelbagai cerita yang menarik untuk diperkatakan.
Bagi kategori Wanita sudah seperti jangkaan apabila pasukan Selangor, Selangor MPSJ dan juga Felda United berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir apabila mereka berjaya memenangi perlawanan kedua semalam.
Satu lagi slot akan ditentukan melalui perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini di mana pasukan Sabah hanya memerlukan kemenangan ataupun seri untuk melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir. Jika mereka tewas dan pasukan Kedah berjaya menewaskan pasukan Perak dengan jaringan lebih dari 4 gol ke atas mereka akan layak ke separuh akhir.
Bagi kategori lelaki satu saingan yang sangat menarik untuk kita saksikan apabila kesemua pasukan masih boleh melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Tempat masih terbuka disebabkan keputusan kesemua perlawanan yang sangat menarik pada hari kedua semalam.
Pasukan Selangor yang berjaya mengikat pasukan Felda United pada hari pertama sekali lagi berjaya membawa pulang satu mata apabila mereka seri bersama pasukan Selangor MPSJ. Manakala pasukan Felda United bangkit di hari kedua dengan kemenangan 4-2 ke atas pasukan Melaka.
Bagi kumpulan B pula pasukan Perak yang tewas dengan jaringan tipis di hari pertama bangkit pada hari kedua apabila mereka berjaya menewaskan pasukan T-Team dengan jaringan 4-0. Tampak corak permainan pasukan T-Team kurang menjadi malah mereka mudah melepaskan gol kepada pihak lawan. Kehadiran pemain berpengalaman dari Sabah iaitu Safar Mohamad tampak membantu pasukan Perak apabila beliau juga berjaya menjaringkan satu gol.
Kuala Lumpur MK juga tersentak dengan corak permainan yang di tunjukkan oleh pasukan Kedah. Mereka yang pasti mahu menjadi pasukan pertama layak ke separuh akhir digagalkan apabila tewas 2-1 kepada pasukan Kedah.
Pada hari ini akan menjadi hari yang sangat penting buat kesemua pasukan bagi kategori lelaki dimana bagi mana mana pasukan yang menang akan berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir disebabkan slot masih terbuka buat semua pasukan.
Ayuh semua mari hadirkan diri ke Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam untuk menyaksikan aksi aksi yang pasti menarik.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.