Hari Ini Kita Leading, Esok Lusa Kita Menang. Tahniah Harimau Malaysia
On January 27, 2017 by FixoImpian untuk melihat pasukan Harimau Malaysia layak ke perlawanan akhir kejohanan futsal AFF 2016 tidak kesampaian apabila mereka terpaksa akur tewas di tangan Thailand dengan jaringan 5-3.
Malaysia tampil bermula garang di separuh masa pertama dengan corak permainan high pressing kepada pasukan Thailand dan Saiful Nizam berjaya mencari gol pertama buat Malaysia pada minit awal permainan.
Usaha pasukan Thailand untuk mencari gol pada separuh masa pertama tidak kesampaian apabila kapten Malaysia Mohd Firdaus Razali tampil dengan aksi yang baik dan berjaya menghalang semua percubaan pasukan lawan sebaliknya Khairul Effendy Bahrin dan Syed Aizad Daniel berjaya menyumbangkan gol 2 dan 3 buat Malaysia untuk mendahului 3-0.
Masuk separuh masa kedua, episod perlawanan sebelum ini berulang apabila pasukan Thailand berjaya bangkit untuk mendapatkan gol dan sekaligus memenangi perlawanan ini.
Pemain muda Osman Musa ternyata memberikan tekanan buat Malaysia apabila beliau berjaya menjaringkan gol kebangkitan buat Thailand.
Osman berjaya menjaringkan 2 gol buat Thailand sebelum Sorasak Phoonjungreed berjaya menyamakan kedudukan 3-3.
Perlawanan yang hampir berkesudahan dengan keputusan seri dimusnahkan apabila pemain berpengalaman Thailand Jirawat Sornwichian berjaya menjaringkan gol ke 4 buat Thailand.
Malaysia cuba untuk kembali bangkit dengan bermain secara powerplay namun tidak berjaya untuk menembusi pertahanan Thailand sebaliknya Jirawat sekali lagi berjaya memotong hantaran Malaysia dan berjaya menjaringkan gol 5 buat Thailand sekali gus mereka berjaya ke perlawanan akhir kejohanan futsal AFF 2016.
Walaubagaimanapun tahniah buat Malaysia. Anda sudah lakukan yang terbaik.
Malaysia akan beraksi menentang Timor Leste untuk penentuan tempat ke 3/4 manakalah Thailand akan beraksi menentang Myanmar di perlawanan akhir. Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung pada 29 Januari 2017 ini.
Ayuh Malaysia perjuangan anda masih belum tamat.
- Foto kredit : SMM Futsal
You may also like
1 comment
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.