
Gladiators FT Juara Liga Super Futsal Penang Musim 1
On June 12, 2015 by Wak FaizalKejohanan Liga Super Futsal Penang musim pertama telah melabuhkan tirainya. Pasukan Gladiators FT yang berasal dari Kampung Rawa Pulau Pinang telah berjaya dinobatkan juara bagi musim pertama ini.
Gladiators FT selaku Juara membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai sebanyak RM 800. Manakala Sharkboyz di tempat kedua mendapat hadiah wang tunai RM 500 dan medal. Tomato FC Futsal menduduki tempat ketiga mendapat wang tunai RM 300 dan medal dan Scudetto FC menduduki tempat keempat mendapat RM100.
Liga Super Futsal Penang musim pertama telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan sebanyak 12 pasukan menyertai liga ini. Liga Super Futsal Penang menggunakan masa perlawanan selama 15 minit dan dan diadili oleh pengadil yang professional.
Objektif liga ini diadakan adalah untuk pembangunan sukan futsal terutamanya di Pulau Pinang di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru dari pemain-pemain amatur dari sekitar Pulau Pinang.
Penganjuran liga ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pemain tak kira dari berlainan daerah serta melatih kelab-kelab amatur untuk lebih memahami dan bijak menguruskan sesebuah pasukan. Ia juga dapat menarik minat pelbagai lapisan umur untuk berkecimpung dalam arena futsal tanah air.
Kami dari Arena Futsal Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penganjur kejohanan Encik Mohd Hassan Abrar bin Mat Akhir kerana telah memilih Arena Futsal Malaysia sebagai media rasmi kejohanan dan menubuhkan liga yang terbaik seperti ini bagi memeriahkan lagi arena futsal di negeri Pulau Pinang
Ikuti LSFP Musim 2 di >> Penang Futsal Super League
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.