![](https://arenafutsal.my/wp-content/uploads/2020/12/WhatsApp-Image-2020-12-11-at-14.32.32.jpeg)
Gandingan Mantap Barisan Kejurulatihan Sarawak United? Ready untuk 2021!?
On December 11, 2020 by Wak GoleiroBekas jurulatih Selangor, B. Sathianathan tidak menafikan bahawa dia bakal menyertai keluarga besar Sarawak United bagi menghadapi musim 2021.
Bukan sebagai jurulatih tapi tanggunjawab yang diberikan lebih besar iaitu sebagai pengarah teknikal.
Sudah pasti sebagai pengarah teknikal dia akan bekerjasama rapat dengan barisan kejurulatihan semua pasukan di bawah Sarawak United untuk memastikan saingan dan perjalanan pasukan ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Dalam masa sama keutamaan juga untuk melihat program pembangunan pemain di Sarawak berjalan.
Untuk pasukan utama Sarawak United akan terus dibimbing E. Elavarasan di saingan Liga Premier manakala untuk Sarawak United II yang beraksi di Liga M3, nama Nidzam Jamil dikaitkan dan berkemungkinan besar akan mengambil tanggungjawab ini.
3 nama yang bakal berganding untuk membantu Sarawak United menjadi satu pasukan yang digeruni musim depan. Perkara ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada Pengarah Sarawak United, Posa Majais yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak.
Dijangkakan dalam masa terdekat bakal diumumkan secara rasmi dengan nama yang bakal dipilih sebagai CEO pasukan ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.