Futsal Wanita: Muizzudin Yakin Raih Pingat

Ketua jurulatih futsal negara, Muizzudin Haris, menuntut komitmen 100 peratus daripada setiap pemainnya apabila memulakan kem latihan pusat hari ini.

Selepas menjalani kem motivasi di Port Dickson, Muizzudin mengharapkan anak-anak buahnya bersedia untuk mengharungi jadual padat sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2017, Ogos nanti.

Selain itu, pengendali berusia 33 tahun itu juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di beberapa negara seperti Jepun, Uzbekistan, Vietnam dan Australia.

Dia yakin jika pemain-pemainnya berusaha keras, sasaran meraih pingat pasti boleh dicapai.

“Saya optimis pasukan futsal negara mampu sekurang-kurangnya untuk pingat gangsa atau perak.

“Kalau dapat meraih emas, itu satu bonus,” katanya.

Ditanya mengenai situasi penjaga gol, Nurul Atiqa Zaifulizan, yang mengalami penyakit misteri, Muizzudin sedar dia perlu sentiasa bersedia untuk mempersiapkan pasukan tanpa pemain itu.

“Saya sering berhubung dengan keluarganya untuk mengetahui keadaan Nurul Atiqa, dan setakat ini peluang tampak tipis memandangkan masa yang semakin hampir untuk pertandingan,” ujarnya.

Artikel oleh : Astro Arena/Stadium Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top