
Futsal Mampu Lahirkan Pemain Bola Sepak Yang Lebih Baik
On July 14, 2016 by Wak FaizalBaru-baru ini kancah futsal negara mendapat pengkhabaran menarik apabila pemain kebangsaan, Shamar Fadzil atau lebih dikenali sebagai Shamad telah berjaya menarik minat panel pemilihan pasukan Liga Perdana DRB Hicom FC sekaligus membolehkan beliau menyarung jersi pasukan tersebut.
Penghijrahan dari sukan futsal ke bolasepak bukanlah satu yang mengejutkan kerana diberitakan Shamad pernah beraksi dalam sukan bolasepak. Namun apa yang lebih menarik untuk diperkatakan adalah perkara ini melenyapkan beberapa tanggapan yang mengatakan perkembangan sukan futsal boleh merosakkan bolasepak.
Perkara ini tidak seharusnya menjadi masalah utama seperti yang diperkatakan kerana seperti sedia maklum para pemain futsal mempunyai “decision making” yang lebih pantas berbanding bolasepak kerana futsal merupakan sukan yang lebih menerapkan faktor kepantasan. Justeru itu, kemahiran membuat keputusan dalam masa pendek sangat dititikberatkan dalam futsal.
Kemahiran asas seperti hantaran pendek serta hantaran tepat lebih dipraktikkan dalam sukan futsal dan sekiranya ianya diimplementasikan dalam bolasepak ianya pasti dapat melahirkan pemain bolasepak yang lebih baik dengan kemahiran asas yang berjaya dikuasai.
Tanpa mahu menyentuh terlalu banyak aspek tentang kedua-dua sukan ternyata andai kemajuan futsal dan bolasepak dapat bersatu tenaga dan kombinasi sukan tersebut dapat melahirkan pemain yang lebih baik demi perkembangan kedua-dua sukan yang menjadi kegilaan masyarakat masa kini.
Foto : Drb-Hicom
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.