Hari ini tamatnya sesi taklimat pasukan Malaysian Premier Futsal League 2022. Program taklimat ini berlangsung selama 2 hari dimana semua wakil pasukan hadir ke sesi taklimat ini secara fizikal di Hotel TH, Kelana Jaya.
Antara agenda yang dibincangkan dalam taklimat ini adalah mengenai format pertandingan yang akan dijalankan secara liga membabitkan 17 pasukan bagi kategori lelaki yang akan berlangsung sepanjang 9 sirkit bermula 8 Januari hingga 28 Mac. Bagi kategori wanita pula, 8 pasukan dan saingan bermula pada 5 Februari.
Pada awalnya MPFL 2022 bakal dipecahkan kepada 2 kumpulan dan sepatutnya akan ada sesi majlis undian selepas sesi taklimat. Tetapi kami difahamkan format telah berubah, tiada kumpulan dipecahkan dan semua pasukan akan bermain secara liga 17 pasukan.
MPFL 2020 ini nanti kami juga difahamkan tiada perlawanan timbal balik (home away) hanya liga satu pusingan dan kemungkinan besar liga ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic.
Jika betul liga satu pusingan, perlawanan akan bertambah menarik berikutan setiap pasukan hanya ada satu peluang sahaja dan mereka perlu mencari kemenangan bagi memastikan peluang untuk merebut kejuaraan itu ada.
Selain taklimat tentang format, wakil-wakil pasukan juga diberi taklimat tentang perubatan, tatatertib, status & perpindahan pemain, pemasaran serta media.
Lebih kurang sebulan lagi ini sebelum MPFL 2022 bermula dan 17 pasukan lelaki yang rasmi akan bersaing nanti adalah pasukan ATM, Kedah, KL City FC, Kuala Lumpur, KPT-PST Mustangs, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang Rangers FC, PDRM FC, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor MAC, Selangor TOT United, Shah Alam City, Terengganu dan TRW Kelantan FC
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?