Felda United (W) Hampiri Kejuaraan LFK 2017

Pada musim lalu pasukan futsal Felda United terpaksa akur terlepas untuk meraih kejuaraan liga kepada pasukan Selangor dengan hanya dibezakan melalui jaringa gol berikutan kedua-dua pasukan manamatkan liga dengan mengumpul 47 mata.

Felda United kini menduduki tangga pertama liga dengan mengumpul 22 mata diekori rapat pasukan KL Ally Group yang mengumpul 19 mata.

Impian untuk pasukan ini menjulang kejuaraan dapat dikecapi jika dua aksi terakhir minggu dimenangi oleh mereka jika tidak mungkin episod sama musim lalu berulang sekali lagi.

Pasukan kendalian Rozmin Musa ini akan menanti cabaran pasukan Sarawak pada hari sabtu dan juga KL Ally Group di hari ahad. Pertemuan dengan KL Ally Group nanti dijangka bakal menjadi penentu siapa bakal dinobatkan juara jika KL menang di perlawanan pertama mereka.

Menurut Rozmin Musa, beliau tidak mahu barisan pemainnya melepaskan peluang yang diberikan. Kesemua pemain yang diturunkan perlu memberikan aksi yang terbaik nanti dan tidak memandang rendah terhadap pasukan lawan.

“Pertemuan dengan KL pada 7 Mei ini boleh dikatakn perlawanan akhir dan kami harus menang perlawanan ini untuk meraih kejuaraan liga musim ini. tegas Rozmin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top