Farhan Baahrim Senjata Set Piece Selangor TOT United
On January 19, 2022 by Wak PivotFarhan Baahrim antara nama yang perlu diberi perhatian untuk saingan Malaysian Premier Futsal League 2022 srikit akan datang. Ini selepas pemain yang bermain di posisi fixo ini beraksi dengan cemerlang dan membantu pasukan Selangor TOT United meraih 2 kemenangan di sirkit 1 MPFL 2022 hujung minggu lalu.
Lebih membanggakan lagi, Farhan berjaya mencetak nama selaku penjaring di kedua-dua perlawanan ini. Dia menjaringkan gol yang sama dengan rembatan padu bermula daripada satu set piece situasi bola mati. Farhan juga dilihat kental beraksi di posisi fix di mana pemain lawan susah untuk melepasi kawalan dia.
“Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah, pasukan kami berjaya menang dalam kedua-dua perlawanan pada tempoh hari dan sekali lagi saya bersyukur kerana saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Kuala Lumpur serta PDRM.”
“Coach selalu mengingatkan kami untuk terapkan ketika bermain segala taktikal dan set piece. Kami lakukan dan berjaya menjaringkan gol menerusi set piece. Jaringan dan kemenangan ini adalah usaha satu pasukan. Selain itu, coach juga jangan sentiasa memberitahu jangan takut dengan pihak lawan, fokus pada perlawanan serta jangan terikut pada gameplay pihak lawan dan itu yang saya pegang bila saya masuk court”.
Jika dia meneruskan prestasi semasa ini tidak mustahil pemain ini bakal dipanggil sertai kem latihan pusat skuad kebangsaan yang akan bermula tidak lama lagi.
Selangor TOT United kini berada di puncak liga dengan 6 mata. Untuk sirkit kedua minggu ini mereka akan berjumpa dengan pasukan Kuala Lumpur City dan Kedah.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.