Dua penaja ucap selamat tinggal kepada Liga Malaysia. Terima Kasih CIMB & AirAsia.
On November 27, 2020 by Wak PivotMenurut kenyataan rasmi Malaysian Football League, mereka mengesahkan dua penaja CIMB & AirAsia tidak akan lagi bersama untuk saingan Liga Malaysia 2021.
“AirAsia telah menyatakan hasrat mereka untuk tidak melanjutkan penajaan bersama MFL bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.
“Sementara CIMB, MFL telah mengadakan pertemuan dengan mereka pada tiga hari lalu dan menyatakan hajat yang sama di mana pihak kami kini menunggu surat secara rasmi daripada CIMB yang tidak mahu melanjutkan penajaan bagi musim depan.
“Saya mewakili pihak MFL mahu mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada setiap penaja ini di atas sumbangan mereka kepada bola sepak negara ketika kita semua berdepan detik sukar dalam pandemik COVID-19 sebelum ini.”
Komen Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan yang dipetik daripada kenyataan rasmi MFL sebentar tadi. Beliau menghormati hasrat penaja ini dan percaya MFL akan kekal positif dengan perancangan yang mereka lakukan untuk musim depan.
Setakat ini hanya Telekom Malaysia serta 100plus yang akan terus kekal sebagai penaja untuk musim depan manakala untuk Shopee masih dalam perbincangan antara dua pihak.
Apa-apa pun kita harapkan yang terbaik untuk Liga Malaysia. Teruskan berikan sokongan buat liga kita, pasukan kita dan pemain kita!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.