Debut Pertama Awalludin Mat Nawi Di Pentas Antarabangsa
On January 21, 2017 by FixoBakat pemain muda ini mula menyinar di Kejohanan Bawah 19 Tahun Piala Raja Iskandar Dzurkarnain 2016. Mohd Awalludin Mat Nawi atau lebih dikenali dengan panggilan Awal telah membantu pasukannya Perak U19 menjuarai kejohanan tersebut malah beliau juga telah dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan mencetak 14 gol.
Sejak itu pemain berusia 19 tahun ini mula menjadi perhatian, malah sejurus selepas tamat kejohanan tersebut beliau telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad futsal kebangsaan.
Jika melihat persembahan pemain ini bersama skuad kebangsaan di beberapa siri perlawanan persahabat tampak pemain ini mempunyai ketenangan yang baik malah kawalan bola serta rembatan kaki kirinya yang berkualiti berjaya menemui jaringan.
Beliau yang tersenarai dalam 14 pemain untuk ke Kejohanan AFF 2016 ini akan membuat debut yang pertama bersama skuad futsal kebangsaan di pentas antarabangsa.
“Ini adalah debut pertama saya, dan saya berterima kasih kepada coach dan pemain senior yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya” ujar beliau.
Menurut Awal, beliau berasa bangga dapat mewakili negara untuk kejohanan ini dan berharap untuk diberi peluang beraksi di sana nanti serta membawa balik kejuaraan ini.
Semoga berjaya buat Awal dan pasukan futsal kebangsaan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.