
Debaran Minggu Akhir Kategori Wanita LFK 2015
On June 10, 2015 by Wak FaizalPersaingan diantara Felda United dan Selangor bakal menghangatkan debaran pada minggu terakhir Liga Futsal Kebangsaan 2015 bagi kategori wanita ketika kedua-dua pasukan yang kini berkongsi mata namun Felda United mendahului dengan kelebihan defisit jaringan.
Sudah semestinya Felda United ingin mengikut jejak langkah pasukan lelaki yang terlebih dahulu meraikan kejuaraan liga. Namun tugas mereka tidak semudah yang dijangka apabila Selangor yang mempamerkan aksi menarik di Sabah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merangkul kejuaraan musim ini.
Selangor dijadualkan akan menentang Sarawak DBKU dan Kuala Lumpur pada perlawanan minggu ini kelihatan di atas kertas mampu menewaskan lawan mereka itu dan seterusnya untuk terus menghambat Felda United yang akan berdepan saingan dua pasukan dari utara iaitu Kedah dan Perak. Ketajaman pemain berpengalaman, Rina Jordana Adnan terus menjadi sandaran utama Selangor bagi merealisasikan impian mereka untuk mendakap kejuaraan liga musim ini.
Perebutan di tempat ketiga juga sengit apabila Sabah yang kini menduduki tangga ketiga liga akan menentang Selangor MPSJ. Selangor MPSJ yang bimbingan jurulatih Mohd Fairuz, hanya mengutip satu mata ketika di Sabah perlu bangkit untuk mengejar kedudukan Sabah yang hanya 3 mata dihadapan mereka.
Lapan pasukan untuk ke pusingan ‘Grand Final’ juga telah mengesahkan kedudukan mereka, namun perlu menantikan hingga akhir perlawanan liga untuk menentukan dimana kedudukan setiap pasukan di dalam kumpulan A dan B.
Sudah semestinya setiap pasukan mempunyai strategi tersendiri bagi merancanakan aksi pada perlawanan minggu terakhir ini dan selamat berjuang diucapkan pada semua pasukan dan diharapkan dapat mempamerkan aksi yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti futsal wanita.
Foto : Felda United FC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.