Dari T-Team Ke UiTM FC
On March 10, 2016 by Wak FaizalBakat yang diperoleh oleh pemain muda ini telah membawa beliau ke satu tahap yang lebih tinggi dan berbeza pada tahun ini. Beliau yang aktif di kancah futsal sebelum ini kini mewakili pasukan UiTM FC di Liga Perdana 2016. Pemain muda yang dimaksudkan itu adalah Izman Solehin atau lebih dikenali dengan panggilan Alang. Beliau dikenali sebagai seorang pemain yang mempunyai kawalan bola yang baik. Pernah mewakili pasukan T-Team sebelum ini di Liga Futsal Kebangsaan kini beliau berhijrah ke dunia Bola Sepak. Apa yang menarik pemain ini telah diberi kepercayaan untuk berada di starting list pasukan UiTM FC dan bermain di posisi tengah pasukan itu.
Krew Arena Futsal Malaysia berjaya untuk menemu ramah pemain ini.
Nama: Muhammad Izman Solehin bin Rohadi
Umur: 23 tahun
Tarikh Lahir : 30 ogos 1993
Asal: Terengganu
AFM : Boleh ceritakan sedikit bagaimana karier anda sebagai pemain bola sepak dan futsal bermula?
MIS : Saya mula bermain bola sepak ketika di sekolah menengah. Selepas itu saya mula bergiat aktif bermain futsal dan kurang bermain bola sepak. Saya bermain futsal bersama rakan sekolah menyertai kejohanan peringkat zon daerah dan negeri. Saya juga bermain bersama pasukan ‘ayohasli’ di kejohanan futsal amatur. Kemudian saya telah dipilih untuk mewakili Terengganu di SUKMA pada tahun 2011 dan 2013. Saya juga telah dipilih untuk mewakili Pasukan T-Team di Liga Futsal Kebangsaan. Saya kembali aktif bermain bola sepak apabila menyambungkan pelajaran di UNiSZA dan saya turut mewakili pasukan ini bola sepak UNiSZA di liga IPT.
AFM : Difahamkan anda pernah mewakili pasukan Universiti Malaysia untuk Asean University Games (AUG) dan pasukan T-Team Liga Futsal Kebangsaan. Boleh ceritakan sedikit?
MIS : Ya. Saya bernasib baik dipilih mewakili Malaysia ke sukan AUG dan saya dipilih ketika saya mewakili UNiSZA dalam kejohanan futsal IPT. Saya dipanggil ke sesi pemilihan di UIA Gombak dimana seramai 40 orang telah hadir dan hanya 12 pemain sahaja telah terpilih untuk mewakili Malaysia. Itu adalah pengalaman berharga yang tak dapat saya lupakan kerana dapat bermain bersama pasukan lain seperti tThailand dan Indonesia. Bagi pasukan T-Team pula saya dipilih ketika saya aktif bermain dengan beberapa pasukan elit futsal Terengganu serta pasukan UNiSZA. Saya telah dipanggil untuk sesi ujian dan akhirnya dipilih untuk mewakili pasukan ini.
AFM : Anda mempunyai rekod yang baik di Arena Futsal. Kenapa berhijrah ke dunia bola sepak.
MIS : Sebenarnya futsal dan bola sepak membuka peluang yang cerah untuk masa depan saya. Saya juga mendapat tawaran yang baik dalam futsal namun saya memilih untuk meneruskan karier dalam bola sepak apabila pihak UiTM menawarkan peluang yang dirasakan sangat baik untuk masa depan saya. Selain itu juga saya melihat bermain bersama UiTM FC di liga perdana menjadi pemangkin permulaaan untuk saya meningkatkan kemahiran bola sepak seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepad coach Zulharisam Awang yang banyak membantu dan memberikan dorongan kepada saya dalam bidang futsal dan bola sepak. Beliau banyak mempengaruhi perjalanan karier saya selama ini.
AFM : Jika diberi peluang untuk kembali ke arena futsal adakah anda akan kembali?.
MIS : Buat masa terdekat ini mungkin saya akan fokus dahulu kepada bola sepak sehingga saya tamat pengajian di UiTM. Mana tahu pada masa akan datang mungkin saya akan kembali ke arena futsal. Insyaallah
AFM : Kini anda bakal beraksi bersama UiTM FC di Liga Perdana. Apakah harapan anda untuk diri sendiri dan pasukan?
MIS : Saya berharap saya mampu meningkatkan kemahiran saya dalam bola sepak. Kalau diberi peluang untuk bermain pada peringkat yang lebih tinggi kelak, saya akan menggunakan peluang itu dengan baik. Besar juga harapan saya jika satu hari nanti dpt mewakili pasukan bola sepak Kebangsaan. Insyaallah. Saya juga berharap UiTM FC mampu layak ke Piala Malaysia 2016 dan mampu naik ke Liga Super pada tahun depan.
Kredit Foto : UiTM FC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.