Dari Sepanyol Marta Cordero Fernández datang sertai keluarga Pahang!
On December 9, 2020 by Wak PivotJika anda peminat futsal pasti anda tahu dengan pasukan Pahang Rangers yang bertanding di saingan Malaysian Premier Futsal League. Salah satu pasukan di Malaysia yang menggunakan khidmat jurulatih import iaitu Gerard Casas.
Namun atas faktor Covid-19, liga tahun ini terpaksa dibatalkan dan Gerard masih belum boleh membuktikan kemampuannya dan melakukan program latihan yang penuh terutama di gelanggang kerana masih belum tahu bila musim baru akan bermula.
Walaupun terpaksa menghadapi situasi ini, Pahang Rangers tetap meneruskan latihan kecergasan dan tugasan ini diberikan kepada Marta Cordero Fernández. Jurulatih kecergasan yang turut hadir bersama Gerard Casas dari Sepanyol.
Menurut Marta dia diberi tanggunjawab untuk memastikan para pemain berada dalam keadaan fizikal serta fitness yang baik sebelum mereka memulakan latihan penuh nanti. Dia juga mempunyai misi untuk memastikan pemain tidak berada dalam keadaan cedera supaya sentiasa bersedia untuk diturunkan dan memberikan 100% di atas gelanggang nanti.
“Kami berlatih dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksankan sehingga bulan Ramadhan tempoh hari. Saya kongsikan dengan pemain beberapa program latihan mereka lakukan sendirian di rumah.”
“Selepas FAM secara rasmi membatalkan liga musim ini, latihan kami juga berhenti. Tetapi saya tetap meminta mereka untuk tetap kekal aktif, terutama dalam kehidupan seharian mereka.”
Marta yang baru sahaja pulang semula ke Kuantan selepas bercuti Oktober lepas telah pun kembali mulakan tugasnya sebagai jurulatih kecergasan.
“Buat masa sekarang saya bersama pemain Pahang Rangers selama 2 kali seminggu di gimnasium bagi pemain-pemain yang berada di Kuantan. Saya membantu mereka untuk meningkatkan tahap kecergasan serta kongsikan ilmu tentang cara latihan yang betul.”
Siapakah Marta Cordero Fernández
Pada mulanya Marta yang berasal dari León, Sepanyol ini hadir ke Kuantan kerana mengikuti tunangnya Gerard Casas yang dilantik sebagai ketua jurulatih Pahang Rangers Januari lepas.
“Tiada apa-apa perancangan dan secara kebetulan pasukan ini mencari jurulatih kecergasan. Barisan pengurusan melihat resume saya dan menawarkan saya tugasan ini.”
“Saya merupakan graduan ‘Sports Science & Physical Education’ dan mempunyai Master in Physical Exercise in Population with Pathologies. Selepas tamat belajar, saya berhijrah ke Kuwait dan berkerja sebagai jurulatih di sebuah gimnasium khas untuk wanita di sana selama tiga tahun. Di Kuwait juga saya bekerja sebagai guru ‘Physical Education ‘ di sekolah antarabangsa.”
Berita baik untuk orang-orang di Kuantan, Marta juga menawarkan khidmatnya bagi sesiapa yang mencari jurulatih kecergasan. Apa lagi tunggu, kalau nak merasa latihan profesional, nak mengubah penampilan korang terus contact Marta ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.