
Dari Brazil Ke Russia! Tot United Galas Cabaran Negara!
On April 30, 2018 by WanShaSelepas Bertam Ulu, Dani FC kini giliran Tot United yang akan membawa cabaran negara di Grand Final Kia Road To Russia 2018 pada bulan Julai nanti.
Tot United berjaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka apabila muncul juara di kejohanan ini yang berlangsung 4 tahun sekali sempena Piala Dunia.
Dua jaringan Zharil Izad Ruslan dan 1 jaringan menerusi Muhammad Hafiz cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan Tot United menewaskan pasukan MAC FC.
Dengan kemenangan ini Tot United akan membawa cabaran negara di Russia, wang tunai RM 5000 dan mereka turut akan ditaja segala perbelanjaan di sana. Paling menarik mereka dapat menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 nanti.
Tahun lepas mereka ke Brazil tahun ini ke Russia. Syabas buat pasukan Tot United dan Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan semoga berjaya buat TOT United B di kejohanan itu nanti. Majulah futsal untuk negara!
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.