D Untuk Dubai
On June 10, 2015 by Wak FaizalPasukan TOT United D berjaya menjadi juara Kejohanan “The World Football Fives” yang berlangsung di Gelanggan Futsal 1 Malaysia , Putrajaya baru-baru ini.
Tot United bukan nama asing di arena futsal amatur Malaysia ini. Pasukan yang menjadi juara ranking liga amatur yang dianjurkan oleh Arena Futsal Malaysia pada tahun lepas ini tampil di kejohanan ini dengan empat pasukan iaitu TOT United A,B,C dan juga D.
Namun rezeki buat pasukan Tot United D apabila mereka berjaya menempatkan diri di perlawanan akhir daripada 144 pasukan yang menyertai kejohanan ini dan berjaya menewaskan pasukan RP Chinta dengan jaringan 3-0. Perlawanan akhir yang berlangsung di Gelangang Mokhtar Dahari berlangsung dengan aksi yang sungguh menarik dan bertenaga.
Pasukan Tot United D bakal mewakili Malaysia untuk ke Dubai pada bulan 4 ini dimana mereka akan beraksi di kejohanan peringkat akhir bersama- sama 31 pasukan lain dari seluruh negara.
Selain bakal ditaja sepenuhnya untuk ke Dubai bulan April ini mereka juga berjaya membawa pulang wang tunai RM 12,000 trofi dan juga medal. Semoga berjaya buat pasukan Tot United D di Dubai kelak dan tahniah buat mereka.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.