Coach Muiz: Penyokong Merupakan Tulang Belakang Skuad Kebangsaan
On April 3, 2018 by WanShaCoach Muizzudin merupakan bekas ketua jurulatih bagi skuad futsal wanita negara bagi Sukan Sea 2017 lalu. Kini, dia menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bagi pasukan futsal KL Imigresen FC.
Makluman semua, pasukan KL Imigresen FC merupakan sebuah pasukan yang baru ditubuhkan dan ini merupakan kali pertama pasukan ini menyertai Liga Futsal Kebangsaan.
Arena Futsal Malaysia sempat menemu bual Coach Muiz di sekitar Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam tempoh hari.
Menurut Coach Muiz, sambutan yang diterima bagi LFK 2018 ini sangat menggalakkan berbanding sebelum ini. Hal ini kerana, terdapat banyak pasukan yang menyertai kejohanan ini dan tidak kurang ramainya penonton yang turut hadir.
“Teruskan menyokong pasukan futsal tanah air kita dimana anda merupakan tulang belakang untuk pasukan negara”, katanya.
“Tidak mustahil suatu hari nanti pasukan Malaysia mampu layak ke peringkat yang lebih tinggi”, tambahnya bagi mengakhiri temu bual.
https://www.instagram.com/p/BhGfqaXlFtw/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.