
Coach Harry: Bakat Perlu Digilap Dari Akar Umbi
On May 25, 2018 by WanShaMohamed Zulhairi b. Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Harry antara pemain berpengalaman dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Jika ada peminat futsal tempatan pasti anda masih ingat tentang pemain tinggi lampai ini yang pernah beraksi bersama Felda United sebelum ini. Sudah 2 musim dia tidak beraksi membuatkan kami ingin tahu perkembanganya yang terkini, dan kini dia aktif dalam bidang kejurulatihan pembangunan akar umbi. Jom ikuti temu bual kami bersama Coach Harry.

Foto: SJYA
AFM : Sekarang coach aktif melatih kanak-kanak di SJYA. Boleh kongsikan sedikit mengenai SJYA?
CH : Ya betul sekarang saya aktif bersama Subang Jaya Youth Academy. SJYA Futsal Academy ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk melatih pemain-pemain tentang sukan futsal dan menaikkan awareness sukan ini kepada masyarakat di Malaysia. Caranya ialah kita harus bermula dengan grassroots level di mana kanak-kanak ini dapat pendedahan awal tentang sukan futsal seperti basic rules, positioning dan teknik-teknik basic.
Kami berharap semua pemain SJYA Futsal Academy boleh improve bukan sahaja dari segi permainan tetapi juga dgn pendirian mereka seperti confidence level supaya menjadi pemain yang lebih handal atau menjadi seorang individu yang lebih confident untuk menghadapi masa depan mereka.

Foto: SJYA
AFM : Boleh coach berikan pendapat tentang melatih kanak-kanak dari usia yang muda? Apa penekanan yang dibuat. Corak latihan yang bagaimana?
CH : Melatih kanak-kanak dari usia yang muda memang menguntungkan bagi kedua-dua pihak. Di usia yang muda, kanak2 boleh dibentuk dari aspek fizikal, teknik dan disiplin. Bagi pihak coach pula, kami belajar tentang pelbagai jenis character dan mencari cara untuk mengatasi halangan antara coach dan player seperti komunikasi supaya players dapat absorb ajaran kami.
Dari segi latihan kami tekankan teknik-teknik basic dan juga teori. Kami perlu mengimbangkan latihan supaya ia tidak terlalu serious yang boleh affect prestasi latihan pemain.

Foto: SJYA
AFM : Secara peribadi, adakah melatih kanak-kanak merupakan cabaran yang agak sukar? Kenapa?
CH : Secara jujur, memang mencabar melatih pemain-pemain di usia muda tetapi ia sesuatu cabaran yang saya dan coaches SJYA minat. Ia mencabar kerana bukan semua pemain dapat memberi perhatian sepanjang latihan dan bakat pemain berbeza-beza jadi latihan perlu diambil kira bakat-bakat pemain juga.

Foto: SJYA
AFM : Apa harapan coach untuk masa hadapan terutama program akar umbi?
CH : Saya berharap pihak FAM dapat lihat bahawa program akar umbi bukanlah tertumpu pada bola sepak sahaja. Kanak-kanak boleh belajar banyak dari bermain futsal dimana ia dapat membantu pemain on fast decision making di atas sebab court yang kecil dan pemain-pemain dapat touch yang lebih banyak berbanding dengan bola sepak. Ini dapat membantu improve teknik pemain-pemain dan dapat melahirkan pemain-pemain yang handal bukan sahaja menggunakan kaki mereka tetapi juga mental mereka.
Buat masa ini, program futsal akar umbi yang terkenal ialah dari MILO. Program yang diketuai oleh jurulatih negara, Coach Yong mendapat sambutan yang tinggi dan kami bersyukur dapat involve dalam program itu pada tahun lepas di mana sukan futsal menjadi lebih terkenal dan ibubapa sudah mula lihat kelebihan sukan futsal untuk anak-anak mereka.

Foto: SJYA
AFM : Awal tahun lalu coach ada kembali di pusingan kelayakan LFK. Tahun depan adakah coach akan kembali beraksi atau fokus 100% dengan coaching?
CH : Comeback saya pada pusingan kelayakan LFK hanyalah disebabkan dapat bermain semula bersama coach saya, Coach Scott dan kawan-kawan saya dari pasukan Felda United. Malangnya kami tidak qualify untuk LFK 2018.
Untuk tahun depan, buat masa ini masih belum buat keputusan. Kalau ada tawaran yang sesuai dan masa yang mengizinkan, saya mungkin akan pertimbangkan.
AFM : Ada perancangan untuk menjadi coach pasukan-pasukan yang lebih besar. IPT atau LFK?
CH : Buat masa ini tiada kerana komitmen kerja. Tetapi buat masa akan datang, kalau masa mengizinkan, memang saya berminat untuk membawa satu pasukan yang lebih besar untuk gain more experience dalam coaching career saya supaya dapat share bersama pemain-pemain di akademi SJYA.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.