“Chucky” Teruja Beraksi Dengan Pasukan Baru

Penjaga gol muda, Afiq Miswan dilihat sebagai salah seorang pemain muda yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam sukan futsal.

Baru berusia 20 tahun dan untuk Malaysian Premier Futsal League 2022, Afiq atau lebih dikenali dengan panggilan Chucky akan bermain dengan pasukan KPT-PST Mustangs. Pemain yang berada dalam skuad Selangor MAC ketika menjuarai saingan MPFL musim pertama pada 2019 telah dipinjamkan kepada pasukan KPT-PST Mustangs.

Ini atas salah satu faktor Chucky merupakan pelajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.

Bertanya mengenai pasukan baru, Chucky tiada masalah untuk adaptasi dengan suasana baru kerana kebanyak pemain dalam pasukan barunya sudah dikenali sebelum ini.

“Ketika kali pertama masuk melapor diri dengan pasukan ini saya disambut dengan baik , dari segi teammates saya rasa selesa kerana mereka banyak beri kerjasama. Dari segi jurulatih pula saya dapat belajar tactical yang baharu sebab setiap coach ada style masing masing. Satu pengalaman baru untuk saya dan saya tak sabar untuk saingan MPFL 2022 nanti”.

https://www.instagram.com/p/CWsraf5lyCQ/

Pengalaman yang Chucky ada ketika bersama Selangor MAC sebelum ini menjadi kekuatan pemain muda ini untuk membantu pasukan barunya. Jika di Selangor MAC saingan untuk beraksi susah dengan adanya pemain senior, bersama pasukan baru ini dia harap dia dapat minit permainan yang baik untuk membuktikan kemampuan.

“InsyaAllah pengalaman yang saya ada di Selangor MAC , saya akan menggunakannya dengan sehabis untuk membantu KPT PST MUSTANG untuk MPFL 2022. Jika diberi peluang untuk turun menentang Selangor MAC nanti di MPFL 2022, saya akan berikan yang terbaik dengan pasukan yang saya wakili sekarang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top