
Chiew Chun Yong Optimis Malaysia Akan Maju Dalam Arena Futsal
On January 31, 2017 by FixoSejurus berjaya membawa pasukan lelaki futsal Malaysia peroleh tempat ketiga di AFF futsal 2016 baru-baru ini ketua jurulatih Malaysia Chiew Chun Yong percaya Malaysia mampu untuk menjadi kuasa besar dan saingan terkuat terutama di peringkat Asean.
Jika melihat mengenai persembahan para pemain Malaysia di AFF Futsal 2016 ternyata ada sinar baru yang kita boleh nampak antaranya kemenangan di atas pasukan Indonedsia yang sangat bermakna buat kita. Selain itu ketika perlawanan menentang Thailand dimana kita berjaya berada di depan dengan jaringan 3 gol namun atas beberapa kesilapan kita terpaksa akur dengan kekalahan 5-3 kepada mereka.
Bukan keputusan yang perlu kita nilai tetapi corak permainan yang harus kita lihat untuk menentukan tahap pasukan futsal kita.
Menurut Chiew Chun Yong kesemua para pemain belum mencapai tahap yang diperlukan beliau dan beliau percaya perkara ini memerlukan masa dan lebih kejohanan untuk membantu para pemain mencapai tahap yang baik.
“All aspects that need to improve from my personal aim, there are more in technically, tactically, strategy, strengths, mentality and psychological” kata beliau.
Namun beliau masih berbangga dengan aksi yang ditunjukkan para pemainnya. Tanpa liga kebangsaan dan hanya dua bulan persediaan beliau nampak banyak perubahan yang ditunjukkan mereka.
“Saya berharap selepas ini latihan pusat kebangsaan akan diteruskan dan lebih banyak perlawanan antarabangsa dapat disertai supaya para pemain ini dapat belajar sesuatu untuk menambah baik corak permainan mereka. Selain itu saya dapat menpraktikkan tektikal dan corak permainan yang ingin dilakukan” kata Chiew Chun Yong.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.