
Bintang Timur Surabaya Sambar Bintang Brazil Dieguinho
On November 13, 2022 by FixoKelab futsal Indonesia, Bintang Timur mengejutkan penyokongnya dengan mengumumkan Dieguinho sebagai pemain import terbaru kelab berkenaan.
Bintang Timur dalam satu kenyataan berkata, “Penantian telah berakhir. Selamat datang ke Bintang Timur Surabaya, Dieguinho.
“Dengan kehadiran Dieguinho, maka kuota pemain import Bintang Timur Surabaya untuk liga musim depan sudah lengkap.
“Semoga beliau mampu membawa impak positif kepada pasukan. WAN!”
Nama Dieguinho bukan calang-calang dalam dunia futsal. Beliau bukan saja penjaring terbanyak Liga Futsal Brazil 2022 dengan 25 gol.
Malah, Dieguinho juga terpilih dalam Kesebelasan Terbaik Liga Futsal Brazil 2022 dan dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Futsal Brazil 2022.
Pemain berusia 33 tahun ini pernah bermain untuk MFK Dynamo Moscow (2013) dan Sporting Lisbon (2016-2019).
Dieguinho juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Brazil yang bertanding dalam Piala Dunia Futsal 2016 dan 2021.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.