Bertam Ulu terus komited dalam Arena Futsal Malaysia
On December 27, 2020 by Wak PivotSebut saja nama Bertam Ulu kami pasti satu Malaysia pasti kenal dengan pasukan otai daripada Melaka ini. Dulu di mana saja ada kejohanan amatur pasti Bertam Ulu ada. Malah Bertam Ulu juga pernah mewakili Malaysia di salah satu kejohanan di Afrika Selatan sempena Piala Dunia 2010.
Bertam Ulu antara pasukan amatur yang cukup disegani dan telah melahirkan beberapa bintang yang sudah bermain di Liga Futsal Kebangsaan dan juga untuk Malaysia. Antara pemain yang bermain untuk Malaysia, Zahari Zubir, Abu Haniffa,Firdaus Ambiah, Yazid Kamaruzuan dan yang terbaru Saad Sani.
Selepas sudah lebih 15 tahun bertapak dalam arena ini, mereka mahu terus komited untuk membantu Arena Futsal Malaysia dengan misi menjadi kilang untuk melahirkan pemain-pemain futsal negeri dan negara yang seterusnya.
Baru-baru ini mereka telah kembali menjalankan latihan selepas tamat PKPB di Kompleks Sukan Batu Berendam. Ini bagi persediaan untuk Kejohanan Tourism Melaka Futsal Challenge 2020 B-17 yang yang berlangsung pada Sabtu ini. Kejohanan futsal pertama selepas PKPB anjuran Bertam Ulu dengan kerjasama Tourism Melaka.
Menurut Presiden Bertam Ulu, Ayob Alias yang satu ketika dulu adalah pemain pasukan ini sendiri, untuk 2021 mereka fokus untuk menyediakan latihan buat skuad utama yang dibarisi pemain-pemain berusia bawah 22 tahun. Dalam masa sama mereka juga akan fokus untuk pembangunan skuad B-12 serta B-16 untuk kejohanan Milo.
Selain pasukan futsal, Bertam Ulu juga mempunyai akademi bola Sepak yang dikenali dengan nama akademi bola sepak Figos selaku penaja rasmi pasukan ini. Mereka juga ada pasukan bola sepak senior yang telah menjuarai liga bola sepak Melaka Divisyen 3 musim lepas.
Sememangnya nama Bertam Ulu ini cukup besar dalam futsal Malaysia.Semoga terus melahirkan bakat-bakat baru dan kalau ada rezeki kita mahu lihat pasukan Melaka United kembali ke saingan Malaysia Futsal Premier League. Mereka mempunyai pemain malah pernah menjadi juara Liga Futsal Kebangsan dua kali berturut-turut pada 2017 dan 2018.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.