Bertam Ulu Raja Futsal Melaka
On September 23, 2018 by FixoBertam Ulu bukan lagi satu nama asing di arena futsal tempatan dan pasukan asal Melaka ini membuktikan kejaguhan mereka dengan muncul juara Raja Futsal edisi Melaka minggu lepas di Sport Planet Cheng.
Pasukan BUFC yang diwakili pemain-pemain muda kali ini mendapat tentangan sengit dari peringkat separuh akhir lagi. Mereka berjaya menewaskan Arena FM 2-1 sebelum menewaskan Kovra Sinchan 4-3 di perlawanan akhir.
Kejayaan ini berjaya memberikan mereka slot ke Grand Final Raja Futsal bersama pasukan daripada Selangor, Kovra Sinchan. Selaku juara BUFC turut membawa pulang membawa pulang wang tunai RM 1000 dan medal.
Keputusan penuh Raja Futsal Melaka:
Juara : Bertam Ulu
Naib Juara : Kovra Sinchan
Ketiga Bersama : Arena FM & Sri Iqra
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.