Belajar Bukan Penghalang Yusma Menempa Nama
On May 21, 2018 by WanShaNurul Hamira Yusma Binti Mohd Yusri merupakan seorang pemain yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam setiap pergerakan di dalam gelanggang.
Menurut Yusma, dia mula melibatkan diri di kencah futsal di akhir tahun 2011 dimana pada awal pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
“Pada mulanya, saya meninjau gelanggang bola tampar. Malang sekali, gelanggang itu sunyi sepi. Tetapi, gelanggang futsal pula yang meriah. Di situlah, bermulanya penglibatan saya dalam sukan futsal”, ceritanya.
Menurut Yusma, dia dipanggil ke skuad negara setelah mempamerkan aksi cemerlang di Liga Futsal IPT pada 2014 lalu. Yusma yang beraksi untuk Perak FA di LFK musim ini menyatakan dia mula beraksi untuk Perak bermula di LFK 16/17 buat kali pertama.
Ramai yang tidak tahu, Yusma merupakan seorang pelajar dalam Master Kejuruteraan Mekanikal.
Menurutnya, dia mula mewakili negara pada 2016 dalam Kejohanan Bolasepak Wanita AFF Cup di Myanmar. Sekembalinya dari perlawanan tersebut dia mendapat tawaran pemilihan pasukan futsal kebangsaan dan mewakili negara pada Sea Games KL 2017 lalu.
“Jadual latihan yang padat dan fokus terhadap permainan yang berbeza sedikit sebanyak memberi kesan pada penyelidikan Master saya”, luahnya.
Namun begitu, Yusma berasa lebih yakin dengan diri sendiri dalam setiap aktiviti yang dia ceburi kerana keluarga dan kawan-kawan sentiasa ada untuk memberikan sokongan yang padu dalam kariernya.
“Selain itu, saya rasa semangat rakyat Malaysia turut menaikkan semangat saya untuk mewakili negara”
“Saya berharap agar saya dapat bermain dengan lebih baik dan matang, lebih berdisiplin serta dapat membantu pasukan Perak dalam LFK dan yang paling penting agar saya dapat terus bersama-sama berjuang dalam pasukan negara”, harapannya untuk diri sendiri.
Latar Belakang Pelajaran
- 2010 : Matrikulasi Negeri Sembilan (Sains Fizikal)
- 2011 : UTHM, Johor (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal)
- 2015 : UTHM, Johor (Master Kejuruteraan Mekanikal – Penyelidikan)
Pencapaian dalam futsal
- Mewakili UTHM di Liga IPT pada 2012, 2013, 2014 dan 2016
- Mewakili Negeri Sembilan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 di Kuala Lumpur
- Mewakili Negeri Sembilan FA dalam LFK 13/14
- Mewakili Universiti Malaysia dalam sukan Universiti Malaysia-Thailand 2014 di Penang
- Mewakili Universiti Malaysia dalam Asean University Games (AUG) 2014 di Palembang, Indonesia
- Mewakili Perak FA dalam LFK 16/17 dan LFK 17/18
- Mewakili Malaysia dalam Sea Games KL 2017
- Mewakili Malaysia dalam AFF Cup Bangkok, Thailand 2018
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.