
Bekas Pemain Futsal Kebangsaan Bakal Memperkuatkan TRW Kelantan FC!
On October 27, 2021 by Wak PivotSelepas pihak FAM mengeluarkan surat tarikh baru saingan Malaysia Premier Futsal League 2022, pasukan TRW Kelantan FC tak tunggu lama dan terus melakukan sesi pemilihan tertutup untuk menghadapi musim baru di KB Futsal Arena.

Rata-rata pemain daripada musim 2020 hadir untuk sesi pemilihan kali ini termasuk kapten mereka Aqim Mohamad dan bekas pemain Terengganu FC, Aqil Khalis yang turut pernah dipanggil sertai kem latihan pusat skuad futsal kebangsaan.
Apa yang menarik perhatian kami adalah kehadiran bekas pemain kebangsaan Asmie Zahari atau lebih dikenali dengan panggilan Awe. Awe satu ketika dulu bukan satu nama asing dalam arena futsal, dia mewakli negara untuk beberapa tahun dan untuk liga dia pernah menyarung jersi Selangor dan MPSJ.
Kalau tak salah pada tahun 2015 Awe berhijrah ke arena bola sepak bermain bersama Kelantan MPKB-BRI (sekarang Kelantan United) di Liga FAM. Kini nampak dia kembali akan ke arena futsal untuk memperkuatkan pasukan TRW Kelantan FC dan pengalaman yang Awe pasti akan membantu pemain muda yang lain.
TRW Kelantan FC juga nampak bakal menjadi pesaing utama nanti selepas kehadiran coach Qusmaini yang kini merupakan Pengurus Operasi pasukan ini. Walaupun tidak terlibat 100% dengan pasukan futsal ini nanti, tapi sudah pasti dia akan membantu dengan pengalaman luas dalam arena futsal.

Malah coach Qusmaini juga kini sedang giat menjalankan projek hybrid iaitu membawa DNA futsal ke bola sepak untuk pasukan bola sepak TRW Kelantan FC dan juga TRW PSPS Riau FC di Indonesia.
Coach Qusmaini turut kelihatan hadir ke sesi pemilihan baru-baru dan selain beliau Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC, Prof Nasir dan Penolong Ketua Jurulatih Kelantan FC, Reezal Zambry Yahya juga turun untuk memberi kata-kata semangat kepada bakal pemain yang akan berjuang dalam MPFL 2022.
Dengan pembaharuan pasukan TRW kelantan FC kita harap pasukan ini akan menjadi pesaing utama dalam saingan MPFL satu hari nanti. Gomo Kelate Gomo!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.