BBJr Menutupi Tahun 2016 Dengan Kejayaan
On January 4, 2017 by FixoPada 31 Disember yang lepas Kejohanan Grand Final GB Futsalista Battle 2016 telah diadakan di Real Sport Arena Klang, Selangor dimana sebanyak 96 pasukan telah berhimpun untuk merebut kejuaraan bagi kategori masing-masing.
Pasukan yang tidak asing lagi di kancah liga amatur di Malaysia Dani FC berjaya menutupi tahun 2016 dengan kejayaan meraih kejuaraan kejohanan ini. Mereka selaku juara berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM12,000.
Selain itu dua kategori turut berlangsung adalah Bawah-15 dan Bawah-17. Kedua-duanya dimenangi oleh RSP Titan bagi Bawah-15 dan BBJr bagi Bawah-17 yang masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,200.
Apa yang menariknya untuk diceritakan pada artikel kali ini, adalah mengenai pasukan yang memenangi kategori Bawah-17 iaitu pasukan Balok Baru Junior (BBJR). Pasukan yang berasal dari Kuantan ini terpaksa melalui laluan sukar sepanjang kejohanan ini namun semangat juang yang tinggi memberi mereka kejayaan.
Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 2007 dan dibimbing oleh salah seorang pemain muda yang makin meningkat naik iaitu Shafiazsar aka Balok.
Apabila ditanya tentang apa yang diterapkan dalam setiap sesi latihan pasukan ini, beliau memberitahu bahawa beliau serta barisan jurulatih yang lain menekan aspek kecergasan para pemain terdahulu.
“Hampir tiga minggu untuk beliau memastikan para pemain ditahap yang terbaik dari aspek kecergasan. Selepas itu, baru saya dan jurulatih yang lain mendedahkan cara permainan pantas dalam gelanggang bersaiz kecil” ujar Shafiazsar.
Shafiazsar adalah merupakan pemain futsal bagi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan pasukan KPT IIUM Mustang , selain daripada tektikal beliau juga sering berkongsi pengalaman yang beliau miliki untuk memberikan motivasi kepada para pemainnya.
Kami warga AFM mengucapkan selamat maju jaya bagi pasukan BBJr dan Balok pada masa akan datang.
Artikel disediakan oleh : Wak Mat
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.