Barisan Muda Negara Punyai Masa Depan Cerah – Yazeed Hamzah
On May 3, 2017 by FixoAksi persahabatan pertama pasukan kebangsaan u-20 semalam menentang Pahang menunjukkan satu perkembangan positif ditunjukkan para pemain muda ini.
Kemenangan mereka ke atas pasukan Pahang 4-1 banyak mengejutkan para peminat kerana barisan pemain ini baru dikumpulkan dan tidak mempunyai banyak masa untuk persediaan yang rapi.
Menurut pengendali pasukan Pahang, Yazeed Hamzah beliau berpendapat pasukan kebangsaan u-20 ini menunjukkan satu corak permainan yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah.
“Saya melihat pemain-pemain muda ini berani memegang bola dan mempunyai footwork yang baik. Saya percaya jika mereka diberi masa pasti akan menjadi satu pasukan yang baik terutama di rantau asia tenggara” kata beliau.
Beliau juga sempat memberi komen mengenai persediaan pasukan Pahang menjelang aksi terakhir minggu ini dimana semau berjalan seperti dirancang.
“Saya berharap pemain semua akan memberikan aksi yang terbaik hujung minggu ini dan jika ada rezeki Pahang mampu untuk menghabiskan liga di kedudukan kedua”.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.