Bakat Baru Dari Liga Amatur Mula Mendapat Perhatian
On June 9, 2015 by Wak FaizalLiga Futsal Kebangsaan musim 2015 bakal menemui anda tidak lama lagi. Kini setiap pasukan sibuk mempersiapkan barisan pemain yang terbaik bagi menghadapi liga pada musim akan datang ini.
Sebanyak 12 pasukan kategori lelaki iaitu Felda United, Selangor MPSJ, Pahang, Kedah, Sabah Quilmes Ambush, Terengganu T-Team, Selangor, Kuala Lumpur (MKTEAM), Perak, KL Petaling Putra, Melaka dan juga Sabah bakal bersaing untuk musim kali ini.
Manakala 10 pasukan akan bersaing bagi kategori wanita iaitu Selangor MPSJ, Felda United, Selangor, Kedah, Sabah, PDRM, ATM, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak DBKU.
Namun apa yang menarik pada edisi kali ini adalah kehadiran beberapa pemain amatur yang mula menarik perhatian pihak pengurusan pasukan yang mengambil mereka sebagai pemain di pasukan masing-masing bagi bersaing di Liga Futsal Kebangsaan.
Kehadiran pemain-pemain amatur di kancah liga futsal kebangsaan pasti akan memberi saingan yang baru buat semua pemain dan ini membuktikan bahawa produk liga amatur boleh bersaing di liga yang lebih kompetetif.
Kebanyakan pemain untuk pasukan KL Petaling Putra dan juga Sabah Quilmes Ambush majoriti adalah gabungan pemain di liga amatur. Ini pasti menarik perhatian seluruh peminat untuk menyaksikan aksi-aksi kesemua pemain ini.
Semoga berjaya buat semua pemain pemain yang telah dilamar oleh pasukan masing-masing.
Antara pemain amatur yang bakal bermain di Liga Futsal Kebangsaan 2015
Mohd Zahrin (Arien) | Dani FC – Kuala Lumpur
Adib Naim | Royale – Kuala Lumpur
Kamarul Faiz | Sinchan – Kuala Lumpur
Dzulkamal Ariffin | (Ipin) Dani FC – Selangor
Kumar | Dani FC – Sabah Quilmes Ambush
Ali Imran | Bertam Ulu – KL Petaling Putra
Khairi Abadi (Didi) | ABSA – KL Petaling Putra
Azim Syahmi | ABSA – KL Petaling Putra
Fathi Kamarul Ariffin | ABSA – KL Petaling Putra
Amin Zikri | Royale – Sabah Quilmes Ambush
Darmen | Leonis – KL Petaling Putra
Syed Mokhsein | Versus 5 – Kuala Lumpur
Jamal | Bertam Ulu/Dani – Melaka
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.