Bagaimana Persediaan Pasukan Lawan Menjelang Sukan SEA 2017?
On July 28, 2017 by Fixo2 minggu menjelang kejohanan berprestij Sukan SEA bakal berlangsung dan Malaysia selaku tuan rumah sedikit sebanyak menjadikan ia amat bermakna kali ini.
Seperti kita tahu acara futsal akan berlangsung di Kompleks Sukan Panasoni Shah Alam. 4 pasukan sudah mengesahkan penyertaan, selain kita selaku tuan rumah, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Bagi Indonesia pula walaupun sudah mengesahkan penyertaan mereka, namun beberapa masalah yang timbul mengenai status terkini mereka.
Jom kita lihat sedikit bagaimana persediaan pasukan-pasukan lawan menjelang Sukan SEA 2017.
Thailand
Kehadiran bekas jurulatih Uzbekistan, Jose Maria Pazos Mendez atau lebih dikenali dengan panggilan Pulpis pasti memberikan satu nafas baru buat pasukan no satu Asia Tenggara ini. Pulpis bukan satu nama asing lagi di Thailand, dia pernah membawa pasukan ini pada tahun 2008 dan juga kelab Chonburi Bluewave pada 2013.
Mungkin persediaan pasukan Thailand bagi Sukan SEA nanti tidak begitu sempurna berikutan ketiadaan beberapa pemain. Situasi ini pasti bukan satu masalah buat mereka nanti kerana hampir 90 peratus pemain Thailand kini bersama pasukan Chonburi Bluewave yang sedang beraksi di AFC Futsal Club Championship dan mereka telah berjaya ke perlawanan akhir kejohanan ini.
Vietnam
Tidak menyertai kejohanan AFF Futsal 2016 awal tahun ini membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana persediaan dan prestasi semasa pasukan Vietnam ini. Mereka sebenarnya sudah bersedia melihat kepada prestasi pasukan Thai Son Nam wakil dari Vietnam yang beraksi di AFC Futsal Championship 2017. Pasukan itu telah berjaya menunjukkan satu aksi yang baik dan berjaya mara ke separuh akhir kejohanan ini.
Untuk makluman 90 peratus juga pemain Vietnam bermain bersama pasukan ini, dan lebih menarik jurulatih baru mereka, Miguel Rodriguez turut bersama Thai Son Nam di kejohanan ini. Jadi Miguel dapat menilai prestasi pemainnya sebelum Sukan SEA nanti.
Myanmar
Pertemuan terakhir skuad futsal negara bersama Myanmar di AFF Futsal Championship 2016 awal tahun ini berpihak kepada mereka dengan jaringan 5-3. Mereka juga berjaya mara ke perlawanan akhir di kejohanan tersebut. Pasukan Myanmar kini berada di Thailand bagi mengharungi beberapa perlawanan persahabatan menjelang Sukan SEA nanti.
Indonesia
Status pasukan Indonesia masih menjadi tanda tanya berikutan beberapa masalah yang dialami mereka. Sehingga kini juga latihan pusat pasukan mereka juga tidak dapat dilaksanakan walaupun ketua jurulatih mereka sudah menyenaraikan 50 pemain untuk dipanggil sebelum ini. Menurut Bolalob.com perbincangan mengenai isu ini masih dijalankan.
Berkemungkinan besar jika Indonesia menyertai Sukan SEA nanti, pasukan Vamos Mataram akan membawa cabaran negara itu dan ditambah beberapa pemain. Ini berikutan pemain Vamos Mataram baru sahaja beraksi di AFC Futsal Championship 2017 dan mereka mempunyai tahap kecergasan yang baik.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.